Powered By Blogger

Wednesday 29 April 2020

Iridology VII - Lingkaran Kekuningan

Dari Sepasang Mata - Lingkaran Kekuningan



Lingkaran kekuningan biasanya boleh dilihat diluar iris, dan lingkaran kuning ini biasanya menadakan bahawa tubuh badan kita tidak memproses lemak dengan sebaiknya, seiring dengan tanda ini, seseorang itu juga boleh membuat ujian darah di klinik untuk mengenalpasti tahap kolesterol dalam tubuh badan kita. 

Tanda ini juga seringkali berkait rapat dengan masalah penghadaman dan cara pengambilan diet kita. Adalah sangat baik sekiranya kita telah menengenalpasti tentang lingkaran ini kita boleh mulakan dengan mengubah corak pemakanan kita dan juga memulakan proses nyah-toksin(detox) menggunakan jus buahan dan sayuran dan juga kaedah detox yang lainnya seperti enama dan sebagainya.

Bentuk lingkaran ini adalah seperti rajah dibawah. 


IRIS YANG NORMAL

Sunday 12 March 2017

Iridology VI - Lingkaran Saraf

Dari Sepasang Mata -Lingkaran Saraf

Lingkaran saraf sangat sinonim dengan keadaan emosi dan mental. Hal ini kerana, bagi mereka yang mempunyai kadar stress yang tinggi dan tidak terkawal, lingkaran saraf ini akan kelihatan. Lingkaran saraf ini snagat berkait rapat dengan aliran saraf tubuh.

Secara umunya mereka yang mempunyai lingkaran saraf akan juga mempunyai masalah penghadaman yang mana turut terganggu akibat aliran saraf yang tidak sempurna. Masalah saraf ini juga boleh diakibatkan daripada kecederaan secara fizikal.

Bentuk iris yang mempunyai lingkaran saraf kelihatan seperti kecut dan ditekan. Ini boleh dibezakan melalui 2 gambar yang berikut.
Iris yang normal
Iris bersama lingkaran saraf (kelihatan seperti kecut dan ditekan)

Lingkaran saraf ini snagat penting untuk mengetahui kadar stress seseorang individu. kadar stress ini adalah masalah yang boleh diatasi. Namun, lingkaran saraf untuk jangka panjang boleh mengakibatkan amsalah sakit-sakit pada bahagian otot, sendi dan masalah penghadaman yang lemah serta masalah fokus.

Adawiyah Abdullah
Naturopath 
#InsanKerdilDunia  


Saturday 11 March 2017

Iridology V - Lingkaran Usus

Dari Sepasang Mata -Lingkaran Usus
  
Lingkaran usus merupakan bahagian yang penting dalam iridologi. Ketika ujian iridology bahagian ini perlu dikenalpasti dengan teliti. Hal ini kerana dalam lingkaran usus memjelaskan banyak perkara yang berkaitan kesihatan sistem penghadaman kita.

Dalam topik kali ini, saya akan kupaskan tentang tanda-tanda yang perlu dikenalpasti melalui lingkaran usus. Saya juga akan menjelaskan maksud setiap tanda tersebut. Dibawah ini merupakan gambar bagi bahagian iris yang kita panggil lingkaran usus. Jika rujuk gambar dibawah, bahagian dalam bulatan merah merupakan kawasan lingkaran usus tersebut. Kawasan ini boleh berubah bentuk, warna dan corak sekiranya terdapat isu dengan sistem penghadaman.
 
Kita telah kenalpasti bahagian yang dinamakan lingkaran usus, sekarang kita akan ketahui tentang tanda-tanda yang perlu diambil kira dan merupakan indikasi penting dalam masalah penghadaman ini.

Merujuk gambar dibawah, terdapat 5 tanda yang perlu kita kenal pasti. Tanda-tanda tersebut adalah:
  1. Anak panah coklat: Menunjukkan kantung usus atau (Bowel pocket). Kantung usus ini menjelaskan bahawa individu tersebut mempunyai penghadaman yang lemah. KU ini pula sering kali akan muncul bersama tanda-tanda yang lain.
  2. Anak panah biru: Garisan halus yang banyak ini merupakan tanda bagi mereka yang kurang sumber probiotik atau bakteria baik didalam usus. probiotik sangat penting kerana, probiotik membantu proses penghadaman dan sistem pertahanan tubuh.
  3. Anak panah hijau: Memperlihatkan bentuk lingkaran usus yang besar dan tidak bulat. ini bermakna, individu yang mengalami kondisi ini akan ada masalah pembuangan. Sama ada masalah sembelit atau, mereka sering merasa tidak puas walaupun kerap ke tandas.
  4. Anak panah ungu: Tompokan putih atau garisan putih seringkali dikaitkan dengan asid. Asid adalah penting dalam proses penghadaman,namun kadar asid yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan ulser dan gastritis.
  5. Anak panah merah jambu: Tompokan hitam atau garisan hitam menunjukkan masalah toksin atau sisa pembuangan tidak dinyah dengan baik. Kebiasaannya mereka yang mempunyai toksin dalam kawasan ini samaada mengalami sembelit yang teruk atau terdedah kepada pengambilan makanan yang tinggi bahan kimia. 


 Demikianlah sedikit sebanyak tentang lingkaran usus dalam ujian iridology.

Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia  

Friday 10 March 2017

Iridology IV - Tenaga

Dari Sepasang Mata -Tenaga

Assalamualaikum dan kembali semula. Masih dalam topik iridology. Kali ini kita huraikan tentang tenaga. Pasti ada yang tertanya apa kaitan antara tenaga dan iris kita. pada tajuk kali ini saya akan huraikan bagaimana kita boleh ketahui apa bentuk pengesan tenaga dari iri dan apakah kaedah yang dapat membantu jika tanda ini dikenal pasti.

Diperlihatkan dengan garisan halus berwarna coklat gelap atau kehitaman. Ini saya kenali sebagai garisan tenaga. Garisan ini amat penting kerana ini mementukan bagaimana kondisi sesuatu tisu atau bahagian tubuh itu.

Pada garisan tenaga ini, adakalanya garisan ini bisa menjadi lebih tebal, dimana kombinasi 2 kawasan yang lemah tenaga. Sebagi contoh bahagian prostate dan tulang belakang. Hal ini akan mengakibatkan gangguan seperti lenguh-lenguh padaha bahagian tulang belakang atau pergerakan terbatas akibat rasa lemah. Jika di prostate pula, keguguran rambut, kurang tenaga syahwat dan sebaginya.

Tanda ini sebenarnya menjelaskan kondisi tubuh pada masa itu atau kondisi tisu dan organ yang terlibat yang mana kawasan ini kekurangan tenaga yang juga merujuk aliran darah, saraf atau nutrisi. Tenaga lain yang juga perlu diambil kira adalah aura. kerana setiap organ dan tisu mempunyai chakra yang menyimpan tenaga dan jika chakra ini terganggu, aliran tenaga ke organ atau tisu ini akan terganggu.

Gambar dibawah merupakan gambaran garisan tenaga yang saya maksudkan. Sekian.

  
  


Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia  

Thursday 9 March 2017

Iridology III -Toksin

Dari Sepasang Mata -Toksin

Kita telah kongsikan tentang mata, bagaimana dengan warna dan ada apa dengan organ. Kali ini saya nak kongsikan pula apa itu toksin. 

Bagi mereka yang pernah menjalani ujian Iridology bersama saya, saya selalu guna perkataan toksin. Toksin yang saya maksudkan ini bukanlah bahan toksin seperti racun. 

Secara ringkasnya, jika bahan toksin di paru-paru, pastinya karbon dioksida, jika di usus, pastinya makanan yang tidak dihadam, dan pastinya banyak lagi bentuk yang lainnya yan kita kenali sebagai toksin.

Tanda bagi toksin didalam iris, biasanya dikenalpasti demgan titik-titik halus berwarna hitam. Titik-titik ini adakalanya setempat, atau setitik-setitik pada bahagian-bahagian organ tertentu. Setiap titik ini biasanya diiringi dengan simptom seperti:
  • Lemah-lemah otot jika pada bahagian kaki atau tangan
  • Sakit kepala pada bahagian kepala
  • Batuk pada bahagian paru-paru
  • Angin atau sebu perut jika pada bahagian usus dan lain-lain simptom.

Begitulah antara tanda yang dapat dikenalpasti melalui proses iridology. Saya akan kongsikan maklumat lain dalam post yang seterusnya. 



Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia  

Wednesday 8 March 2017

Iridology II -organ

Dari Sepasang Mata - Organ

Ini merupakan sambungan daripada kiriman yang semalam. Kembali semula ke sepasang mata kita yang indah ini. Baik semua. Seperti yang telah dijelaskan, mata kita bukan sahaja mempunyai maklumat indentiti kita, tetapi terdapat maklumat kesihatan. Hal ini kerana, mata merupakan salah satu daripada REFLEXZONE. Apa itu REFLEXZONE? akan saya kupas dalam topik yang akan datang. In Sha Allah.

Baik, berbalik kepada mata yang saya katakan merupakan salah satu reflexzone tubuh. Ini menjadikan mata kita antara bahagian yang memperlihatkan kondisi tubuh kita. Baiklah, secara umunya, bahagian-bahagian ini adalah sama untuk setiap individu. 

Saya akan kongsikan beberapa gambar yang berbeza daripada sumber rujukan yang berbeza. Hal ini kerana, sesetengah berpendapat carta iridology yang disediakan oleh pegasasnya yang awal tidak begitu tepat, kajian demi kajian membuatkan carta iridology ini adakalanya sedikit berbeza untuk setiap pengamal.

Baiklah, saya akan mula kongsikan beberapa carta dan sumber rujukan. Semoga bermanfaat.

Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia  




http://www.iriscope.org/wp-content/uploads/2015/05/GRAND-MEDICINE-SCLEROLOGY-WALLCNART-IRIDOLOGY-CHART.jpg
http://www.iriscope.org/wp-content/uploads/2015/05/GRAND-MEDICINE-SCLEROLOGY-WALLCNART-IRIDOLOGY-CHART.jpg

http://www.iriscope.org/wp-content/uploads/2015/05/THE-ESSENTIAL-CHART-OF-IRIDOLOGY.png
http://www.iriscope.org/wp-content/uploads/2015/05/THE-ESSENTIAL-CHART-OF-IRIDOLOGY.png
Image result for iridology chart
http://www.iriscope.org/wp-content/uploads/2015/05/iridology-chart.jpg


Iridology Chart
http://www.irisdiagnosis.net/images/chart.jpg

http://www.iriscope.org/wp-content/uploads/2015/05/Advanced-Iridology-Chart.jpg
http://www.iriscope.org/wp-content/uploads/2015/05/Advanced-Iridology-Chart.jpg

Tuesday 7 March 2017

Iridology I - Warna

Dari Sepasang Mata - Warna

Topik yang agak menarik untuk hari ini. pada minggu ini saya nak kongsikan sedikit maklumat tentang mata kita. Setiap manusia yang normal mempunyai sepasang mata. Tetapi ada antara kita yang Allah telaj kurniakan sedikit keunikan sama ada kurang atau tiada. Jangan pandang rendah kepada mereka, kerana mereka Allah SWT telah kurniakan deria sentuhan yang lebih tajam dan peka dari kita. Itulah yang membuatkan mereka lebih unik dari kita yang normal ini.

Hari ini saya nak kongsikan secara asas tentang 1 bahagian dalam mata yang saya kenali sebagi IRIS. Iris ini adalah bahagian tengah bebola mata yang mempunyai kanta mata pelbagai warna dan corak. Iris ini begitu menarik. Hal ini kerana, iris setiap indivitu adalah berbeza. 

Jika di negara-negara maju, iris ini dijadikan alat pengenalan diri. Hal ini kerana, bentuk iris yang sangat berbeza dari 1 individu dengan individu lainnya menjadikan iris sesuai untuk dijadikan pengenalan identiti setiap individu yang berbeza.

Baiklah, kita teruskan ke topik asal kita iaitu tentang iris, atau lebih saya jelaskan sebagai kajian tentang iris - IRIDOLOGY. Iridology begitu menarik kerana bentuk dan coraknya bukan sahaja menyimpan identiti diri tetapi juga maklumat kesihatan kita.

Secara amnya, orang-orang asia mempunyai iris yang berwarna coklat gelap, dan adakalanya sedikit terang. Secara mudah, orang asia beriris coklat. Bagi orang-orang eropah, yang juga ada berlaku dalam kalangan asia, kebanyakkan mereka beriris biru atau hijau. Dalam kes-kes yang lebih unik, ada pula yang beriris kelabu.

Setiap warna ini melambangkan keadaan tertentu. Sebagai rujukan:-
  • Warna coklat seringkali melibatkan darah. Sama ada, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, toksin dalam darah dan tubuh, jangkitan dan penghadaman. Semua ini sangat berkaitan dengan darah secara terus.
  • Warna biru pula seringkali dikaitkan dengan hati. Organ hati, atau saya panggil 'organ bibik'. Organ ini membersihkan hampir semua kekotoran yang melibatkan tubuh. Dalam kondisi si mata biru, sila tekankan pada masalah seperti ketagihan, keracunan, ketidakhadaman, masalah berat badan dan masalah emosi.
  • Warna hijau, bukanlah Hulk. Tetapi si mata hijau ini adalah mereka yang mudah mendapat sakit buah pinggang atau bahasa lainnya, ginjal. Jika anda melihat mereka yang bermata hijau, sila kenal pasti masalah yang berkaitan jangkitan pundi kencing, masalah haid, bengkak air, batu karang, dan ketakutan.
  • Warna kelabu. Sangat jarang tetapi wujud dan boleh saya katakan sedikit kesihan. Hal ini kerana, mereka yang bermata kelabu berpotensi mendapat penyakit berkaitan limpa. Antara perkara yang perlu kita lihat adalah imuniti lemah, tulang dan gigi rapuh, jangkitan pada kuli serta alahan dan bengkak salur limpa.
Mata pelbagai warna bukan kelebihan, tapi jauh sekali kekurangan. Tetapi, yang lebih utama adalah menjaga anugerah ini sebaik mungkin dan elakkan mengambil kesempatan atas diri sendiri.

Sekian....

Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia