Dari Sepasang Mata - Warna
Topik yang agak menarik untuk hari ini. pada minggu ini saya nak kongsikan sedikit maklumat tentang mata kita. Setiap manusia yang normal mempunyai sepasang mata. Tetapi ada antara kita yang Allah telaj kurniakan sedikit keunikan sama ada kurang atau tiada. Jangan pandang rendah kepada mereka, kerana mereka Allah SWT telah kurniakan deria sentuhan yang lebih tajam dan peka dari kita. Itulah yang membuatkan mereka lebih unik dari kita yang normal ini.
Hari ini saya nak kongsikan secara asas tentang 1 bahagian dalam mata yang saya kenali sebagi IRIS. Iris ini adalah bahagian tengah bebola mata yang mempunyai kanta mata pelbagai warna dan corak. Iris ini begitu menarik. Hal ini kerana, iris setiap indivitu adalah berbeza.
Jika di negara-negara maju, iris ini dijadikan alat pengenalan diri. Hal ini kerana, bentuk iris yang sangat berbeza dari 1 individu dengan individu lainnya menjadikan iris sesuai untuk dijadikan pengenalan identiti setiap individu yang berbeza.
Baiklah, kita teruskan ke topik asal kita iaitu tentang iris, atau lebih saya jelaskan sebagai kajian tentang iris - IRIDOLOGY. Iridology begitu menarik kerana bentuk dan coraknya bukan sahaja menyimpan identiti diri tetapi juga maklumat kesihatan kita.
Secara amnya, orang-orang asia mempunyai iris yang berwarna coklat gelap, dan adakalanya sedikit terang. Secara mudah, orang asia beriris coklat. Bagi orang-orang eropah, yang juga ada berlaku dalam kalangan asia, kebanyakkan mereka beriris biru atau hijau. Dalam kes-kes yang lebih unik, ada pula yang beriris kelabu.
Setiap warna ini melambangkan keadaan tertentu. Sebagai rujukan:-
- Warna coklat seringkali melibatkan darah. Sama ada, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, toksin dalam darah dan tubuh, jangkitan dan penghadaman. Semua ini sangat berkaitan dengan darah secara terus.
- Warna biru pula seringkali dikaitkan dengan hati. Organ hati, atau saya panggil 'organ bibik'. Organ ini membersihkan hampir semua kekotoran yang melibatkan tubuh. Dalam kondisi si mata biru, sila tekankan pada masalah seperti ketagihan, keracunan, ketidakhadaman, masalah berat badan dan masalah emosi.
- Warna hijau, bukanlah Hulk. Tetapi si mata hijau ini adalah mereka yang mudah mendapat sakit buah pinggang atau bahasa lainnya, ginjal. Jika anda melihat mereka yang bermata hijau, sila kenal pasti masalah yang berkaitan jangkitan pundi kencing, masalah haid, bengkak air, batu karang, dan ketakutan.
- Warna kelabu. Sangat jarang tetapi wujud dan boleh saya katakan sedikit kesihan. Hal ini kerana, mereka yang bermata kelabu berpotensi mendapat penyakit berkaitan limpa. Antara perkara yang perlu kita lihat adalah imuniti lemah, tulang dan gigi rapuh, jangkitan pada kuli serta alahan dan bengkak salur limpa.
Mata pelbagai warna bukan kelebihan, tapi jauh sekali kekurangan. Tetapi, yang lebih utama adalah menjaga anugerah ini sebaik mungkin dan elakkan mengambil kesempatan atas diri sendiri.
Sekian....
Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia