Powered By Blogger

Saturday, 11 March 2017

Iridology V - Lingkaran Usus

Dari Sepasang Mata -Lingkaran Usus
  
Lingkaran usus merupakan bahagian yang penting dalam iridologi. Ketika ujian iridology bahagian ini perlu dikenalpasti dengan teliti. Hal ini kerana dalam lingkaran usus memjelaskan banyak perkara yang berkaitan kesihatan sistem penghadaman kita.

Dalam topik kali ini, saya akan kupaskan tentang tanda-tanda yang perlu dikenalpasti melalui lingkaran usus. Saya juga akan menjelaskan maksud setiap tanda tersebut. Dibawah ini merupakan gambar bagi bahagian iris yang kita panggil lingkaran usus. Jika rujuk gambar dibawah, bahagian dalam bulatan merah merupakan kawasan lingkaran usus tersebut. Kawasan ini boleh berubah bentuk, warna dan corak sekiranya terdapat isu dengan sistem penghadaman.
 
Kita telah kenalpasti bahagian yang dinamakan lingkaran usus, sekarang kita akan ketahui tentang tanda-tanda yang perlu diambil kira dan merupakan indikasi penting dalam masalah penghadaman ini.

Merujuk gambar dibawah, terdapat 5 tanda yang perlu kita kenal pasti. Tanda-tanda tersebut adalah:
  1. Anak panah coklat: Menunjukkan kantung usus atau (Bowel pocket). Kantung usus ini menjelaskan bahawa individu tersebut mempunyai penghadaman yang lemah. KU ini pula sering kali akan muncul bersama tanda-tanda yang lain.
  2. Anak panah biru: Garisan halus yang banyak ini merupakan tanda bagi mereka yang kurang sumber probiotik atau bakteria baik didalam usus. probiotik sangat penting kerana, probiotik membantu proses penghadaman dan sistem pertahanan tubuh.
  3. Anak panah hijau: Memperlihatkan bentuk lingkaran usus yang besar dan tidak bulat. ini bermakna, individu yang mengalami kondisi ini akan ada masalah pembuangan. Sama ada masalah sembelit atau, mereka sering merasa tidak puas walaupun kerap ke tandas.
  4. Anak panah ungu: Tompokan putih atau garisan putih seringkali dikaitkan dengan asid. Asid adalah penting dalam proses penghadaman,namun kadar asid yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan ulser dan gastritis.
  5. Anak panah merah jambu: Tompokan hitam atau garisan hitam menunjukkan masalah toksin atau sisa pembuangan tidak dinyah dengan baik. Kebiasaannya mereka yang mempunyai toksin dalam kawasan ini samaada mengalami sembelit yang teruk atau terdedah kepada pengambilan makanan yang tinggi bahan kimia. 


 Demikianlah sedikit sebanyak tentang lingkaran usus dalam ujian iridology.

Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia  

No comments:

Post a Comment