Powered By Blogger

Sunday, 5 March 2017

Penawar Personaliti

Kenali Personaliti, Kenali Penawar

Apa yang saya suka tentang perubatan alami? Unik. Ya, perubatan alami unik. Pasti ada yang rasa saya ini sedikit kolot, tapi inilah hakikatnya. Perubatan alami merupakan cara pengubatan berasaskan konsep alam seperti air, api, haba, tenaga, garam, warna, minyak, sentuhan dan pelbagai lagi. 

Dalam proses pengubatan, saya paling gemarkan pemilihan  penawar berdasarkan personaliti.  Perkara ini begitu unik pada saya kerana, saya yakin, kita lahir bersama fitrah manusia. fitrah manusia yang sukakan yang baik, yang bersih dan yang cantik. Namun jika fitrah asal ini berubah, pastinya personaliti seseorang juga berubah.

Sebagai contoh, si polah seorang yang penyendiri, anti-sosial, sering bermuka masam dan kasar. Ini bukan fitrah asalnya. Setiap anak yang lahir bersama fitrah yang ingin disayangi dan dikasihi. Namun si polan mungkin mengalami kecederaan emosi yang parah hingga mengakibatkan dia menjadi  seorang yang melawan fitrah.

Jika anda melalui perubatan yang kebiasaannya, para perawat akan kata, kerana stress. Mudah dan ringkan. Jika sudah tahu begitu, apa ubatnya? Jawapan seterusnyanya adalah perlu UBAH. 

Adakah anda rasa mereka tidak cuba berubah? Jika tidak cuba, biasanya mereka tidak kisah dan mereka selesa dengan diri mereka yang asal. Mereka berjumpa perawat kerana mereka telah cuba. Ini yang apa saya cuba jelaskan.

Mereka bukan perlu ubat untuk apa yang mereka boleh lihat. Tetapi mereka perlukan ubat untuk apa yang mereka tidak boleh lihat. Inilah waktunya pentingnya memilih perawatan yang fokus kepada personaliti. 

Dalam ayurveda, melalui VATA, PITTA & KAPHA, perawat ayurveda akan memberi senarai makanan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh para pesakit. Hal ini kerana, setiap tubuh ada sifatnya sendiri dan memerlukan ubatnya sendiri.

Apabila mendekati Homeopathy pula, setiap emosi, panas dan sejuk, waktu sakit dan selera, semua diambil kira. Ini akhirnya membawa kepada pemilihan ubat yang lebih tepat dan kena pada puncanya.

Dalam rawatan tenaga, setiap jalur kehidupan akan dicungkil. Perawat perlu tahu. Kerana daripada setiap situasi yang berlaku dalam kehisupan inilah, besar kemungkinan, terlalu banyak tenaga yang tersekat dan perlu dibebaskan. Namun, sebelum boleh dibebaskan, puncanya perlu diketahui kerana setiap chakra dan organ,punya emosi tersendiri.

Begitulah pendekatan alami menjadikan sesuatu pemulihan lebih pantas. Hal ini kerana, kita mengambil kira FITRAH tubah manusia itu sendiri.

SEKIAN.

Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia
 

No comments:

Post a Comment