Powered By Blogger

Monday, 6 March 2017

Essential Oils

MINYAK PATI BUNGAAN
Kegilaan baruku. Essential oil atau minyak pati bungaan. Tapi itu dulu. Sekarang, kita mungkin jumpa minyak pati kulit kayu, ,minyak pati biji benis, minyak pati daun dan sebagainya. 

Secara jujurnya, aku bukan suka minyak pati kerana, kata orang THIS IS MONEY MAKING BUSINESS. Tidak! Anda salah. Ini juga bukan kerana minyak pati ini organik dan bebas kimia. Bukan!

Mengapa minyak pati adalah pilihan aku? Secara jujurnya, dengan kosnya yang mahal, adalah membazir untuk aku beli. Tetapi, ini aku kongsikan rahsianya.

Dengan setitik Minyak Pati Peppermint, aku boleh dapat 5 cawan 250ml teh peppermint. Dengan setitik Minyak Pati Lada Hitam, aku boleh dapat sebotol 500ml minyak urutan Lada Hitam. Dengan setitik minyak pati lemon, aku boleh dapat 500ml air detox lemon. Dengan setitik minyak pati Limau Purut, aku boleh dapat 1000ml air mandian tenaga Limau Purut.

Nampakkan mengapa aku begitu gemarkan minyak pati. Mudah, cepat, jimat dan selamat. Sebagai seoarang pengamal perubatan alami yang masih mentah, aku perlukan sesuatu yang efisien dan senang didapati. 

Jadi, sentiasa menjadi pilihan aku, dan peralatan wajib aku adalah kemahiran memilih minyak pati dan minyak pati yang boleh dibawa kemana-mana sahaja. Itulah aku.

ADAWIYAH ABDULLAH
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia

No comments:

Post a Comment