Powered By Blogger

Friday, 10 March 2017

Iridology IV - Tenaga

Dari Sepasang Mata -Tenaga

Assalamualaikum dan kembali semula. Masih dalam topik iridology. Kali ini kita huraikan tentang tenaga. Pasti ada yang tertanya apa kaitan antara tenaga dan iris kita. pada tajuk kali ini saya akan huraikan bagaimana kita boleh ketahui apa bentuk pengesan tenaga dari iri dan apakah kaedah yang dapat membantu jika tanda ini dikenal pasti.

Diperlihatkan dengan garisan halus berwarna coklat gelap atau kehitaman. Ini saya kenali sebagai garisan tenaga. Garisan ini amat penting kerana ini mementukan bagaimana kondisi sesuatu tisu atau bahagian tubuh itu.

Pada garisan tenaga ini, adakalanya garisan ini bisa menjadi lebih tebal, dimana kombinasi 2 kawasan yang lemah tenaga. Sebagi contoh bahagian prostate dan tulang belakang. Hal ini akan mengakibatkan gangguan seperti lenguh-lenguh padaha bahagian tulang belakang atau pergerakan terbatas akibat rasa lemah. Jika di prostate pula, keguguran rambut, kurang tenaga syahwat dan sebaginya.

Tanda ini sebenarnya menjelaskan kondisi tubuh pada masa itu atau kondisi tisu dan organ yang terlibat yang mana kawasan ini kekurangan tenaga yang juga merujuk aliran darah, saraf atau nutrisi. Tenaga lain yang juga perlu diambil kira adalah aura. kerana setiap organ dan tisu mempunyai chakra yang menyimpan tenaga dan jika chakra ini terganggu, aliran tenaga ke organ atau tisu ini akan terganggu.

Gambar dibawah merupakan gambaran garisan tenaga yang saya maksudkan. Sekian.

  
  


Adawiyah Abdullah
Naturopath LOHTTC
#InsanKerdilDunia  

No comments:

Post a Comment